| CALAK BANGSA
Badaruddin Othman
Harga: $7.00
ISBN: 978-99984-0-046-7
| "Dengan adanya ilmu, bangsa kita akan dapat mengembangkan pemikiran dan kemahiran dalam segala bidang yang dapat menyumbang kepada [engukuhan ketahanan nasional dan seterusnya mewujudkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dunia akhirat."
"... bangsa kita sudah mengalami pertembungan dengan pengaruh-pengaruh luar. Tetapi ternyata bangsa kita 'selamat' dan muncul dengan memilih yang terbaik daripada unsur-unsur pengaruh itu"
|

| HIKAYAT DANG AMAS 1 Julani Merali
Harga: $9.00 ISBN: 978-99984-0-035-1 | Hikayat Dang Amas 1 mengisahkan mengenai perjalanan hidup Dewa Amas Anum Mengindera Permai Bangsawan yang memiliki rupa paras yang sangat cantik dan manis. Namun pada suatu hari, dia telah disambar dan dibawa pergi dari istana oleh seekor burung kumbang hijau sehingga kehilangannya itu membuatkan seisi istana gempar.
Apakah yang terjadi setelah kehilangan Dewa Amas Anum Mengindera Permai Bangsawan itu?
Ikuti kisah seterusnya dalam Hikayat Dang Amas 1.
|

| Su.Ria SafH
Harga: $7.00 ISBN: 978-99984-0-037-5 | Leman menerima kedatangan abangnya, Tam yang sudah lama tidak pulang. Kedatangan Tam membuat Leman dilema. Kepulangan Tam membawa hasrat yang besar, iaitu projek pembinaan jana kuasa tenaga. Tetapi, perancangan Tam ini memerlukan pengorbanan. Tam berusaha meyakinkan Leman bahawa projek yang dirancangnya itu nanti berpotensi besar untuk mengembangmajukan pulau itu. Bukan saja dari segi ekonomi, tetapi pendidikan, taraf hidup dan sebagainya. Namun, dalam mencapai hasratnya Tam berdepan dengan beberapa halangan khususnya mengubah minda penduduk kampung yang boleh dikatakan jauh ketinggalan.
Apakah kesudahan cerita ini? Berjayakah Tam meyakinkan Leman dan penduduk kampung dalam melaksanakan hasratnya? Bagaimanakah Tam mengharungi setiap halangan?
Ikuti cerita selanjutnya dalam novelet ini.
|

| ASAL USUL KAMPUNG KUPANG Hazwan Suhaimi
Harga: $5.50 ISBN: 978-99984-0-028-3 | Asal usul Kampung Kupang mengisahkan tentang asal mulanya penamaan Kampung Kupang. Ia berasal daripada peristiwa yang menimpa seorang petani daripada puak kedayan bernama Wang Sitam yang sedang mencari kayu di hutan. Ketika memungut kayu, tiba-tiba dia terdengar suara perempuan menyanyi berdekatan kawasan hutan itu. Wang Sitam pun mula mendekati ke arah suara itu.
Nah adik-adik! Apakah yang terjadi kepada Wang Sitam setelah menjumpai perempuan yang menyanyi tersebut? Persoalan demi persoalan akan terjawab jika adik-adik memiliki dan membaca buku ini.
|

| TANJONG GERANJANG Fatin Nur Aqilah Ali Rahim
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-034-4 | Tanjong Geranjang mengisahkan sebuah tempat yang didiami oleh sekumpulan orang Mahaliya atau orang Buntak. Walaupun berbadan kecil tetapi mereka memiliki kekuatan dan kegagahan. Orang Mahaliya diketuai oleh Mambang, iaitu seorang lelaki yang sangat mereka hormati.
Namun terjadi sesuatu peritiwa yang tidak dijangkakan apabila mereka dikunjungi oleh seorang lelaki dewasa yang tersesat ke kampung mereka.
Apakah peritiwa yang dimaksudkan?
Dapatkan buku ini bagi mengetahui kisah selanjutnya.
|

| ABJAD ABC BENDA Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $5.00 ISBN: 978-99917-88-48-7 | Abjad ABC Benda ini merupakan buku tambahan bacaan literasi awal kanak-kanak dan sebagai salah satu inisiatif jabatan untuk menggalakkan budaya membaca di peringkat awal lagi.
Dilengkapi dengan penggunaan abjad A hingga Z yang menumpukan kepada nama-nama benda dengan ilustrasi yang menarik. Semoga terbitnya buku ini dapat menjadi alat bantu dalam kemajuan pembelajaran awal kank-kanak sekali gus mengembangkan psikomotor serta daya kreatif mereka.
|

| LAKASTAH MEWARNA 1 Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $2.00 ISBN: 978-99917-69-98-1 | Buku Lakastah Mewarna 1 merupakan buku mewarna pertama terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei kelolaan Bahagian Penerbitan dan Pemasaran yang memuatkan 21 koleksi ilustrasi eksklusif mercu tanda awam atau tempat-tempat bersejarah di Negara Brunei Darussalam.
|

| ASAS MENTERNAK AYAM KAMPUNG Bakar Beruddin
Harga: $10.00 ISBN: 978-99984-0-040-5 | Asas Menternak Ayam Kampung merupakan panduan untuk memulakan usaha ternakan ayam kampung. Buku ini ditulis berasaskan pengalaman dan pengetahuan penulis dalam perusahaan ternakan ayam kampung sejak beberapa tahun sehingga kini. Perusahaan ini sememangnya memberi pelbagai manfaat dan membantu dalam menambah pendapatan harian ssebuah keluarga.
|

| DAFTAR BAHASA MELAYU-DIALEK BELAIT Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $7.00 ISBN: 978-99984-0-086-3 | Daftar Bahasa Melayu-Dialek Belait merupakan satu lagi khazanah budaya Melayu yang akan dijadikan sebagai sebahagian bahan rujukan bagi para pelajar dan pencinta bahasa di negara ini.
|

| JONG BATU Ain Atsirah
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-012-2 | Legenda Jong Batu adalah sebuah cerita rakyat yang mengisahkan tentang seorang anak yang derhaka kepada ibunya. Si Manis mempunyai impian untuk belayar mengembara dan meninggalkan ibunya, Dang Ambun seorang diri. Setiap malam Dang Ambun berdoa akan keselamatan Si Manis. Namun kepulangan Si Manis mengecewakan hati Dang Ambun.
Apakah yang dilakukan oleh Si Manis terhadap ibunya? Dapatkanlah buku ini untuk mengetahui kesudahan cerita ini.
|

| KAMUS DIALEK BELAIT-MELAYU Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $15.00 ISBN: 978-99984-0-083-2 | Kamus Dialek Belait-Melayu ini mendokumentasikan korpus kosa kata yang dikesan daripada masyarakat penutur, iaitu berjumlah 3090 entri melalui penyelidikan lapangan.
|

| KIRANA KASIH RAKYAT An Ardent Portrayal of the People's Love Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $30.00 ISBN: 978-99984-0-082-5 | Kirana Kasih Rakyat memaparkan rakaman kisah dan momen bersejarah Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 di sebalik lembaran-lembaran foto karya anak tempatan. Setiap lembaran foto dan ungkapan sajak juga mengekspresikan rasa cinta dan kasih rakyat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
An Ardent Potrayal of the People's Love is a heartfelt tribute that captures the stories and historic moments of the 40th Nasional Day Celebration of Brunei Darussalam, 2024, conveyed through folios of photograph and poetic verse reflects the deep love and devotion of the people for His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
|

| PEMANAH BULAN (Kumpulan Sajak) H.MAR
Harga: $9.00 ISBN: 978-99984-0-080-1 | Kumpulan Sajak Pemanah Bulan membangkitkan imej sosok misteri, seseorang yang terlibat dalam pencarian atau pengembaraan yang diselubungi oleh kegelapan dan dipandu oleh kuasa bulan.
|

| PESANAN Kartini Haji Sapar
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-029-0 | Pesanan mengisahkan mengenai dua orang sahabat, iaitu Ahmad dan Amir yang mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan semasa mereka di bangku sekolah.
Ingin mengetahui apakah kisah perjalanan hidup mereka? Sila ikuti kisah mereka yang mengandungi banyak pengajaran untuk dijadikan contoh sebagai ikutan terutama pembaca kanak-kanak.
|

| PERSOALAN KETAHANAN NASIONAL DALAM NOVEL PILIHAN PENULIS GURU Chong Ah Fok
Harga:$16.00 ISBN: 978-99984-0-099-3 | Persoalan Ketahanan Nasional dalam Novel Pilihan Penulis Guru mengupas pengalaman dan pengetahuan yang digarap dalam karya-karya terpilih, merangkumi aspek sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik.
Analisis persoalan ketahanan nasional dalam buku ini menggunakan Teori Alamiah, yang dibangunkan berasaskan Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang (1989). Teori ini bukan sahaja diperkenalkan secara ringkas, tetapi turut diterapkan sebagai kerangka analisis dalam meneliti aspek ketahanan nasional dalam karya-karya terpilih, khususnya dalam menghadapi ancaman terhadap kelangsungan, keamanan, kesejahteraan dan kedaulatan negara dan bangsa.
|

| KEKREATIFAN BAHASA IKLAN Hajah Zurinah binti Haji Ya'akub
Harga: $13.00 ISBN: 978-99984-0-096-2 | Hakikat tentang slogan iklan merupakan mesej ringkas dan kuat yang dirancang untuk menarik perhatian serta mencipta ingatan mendalam tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. Dalam dunia pemasaran, slogan sering menjadi elemen penting dalam mempengaruhi persepsi pengguna dan membina hubungan yang kukuh antara jenama dengan khalayak sasaran.
Buku ini mempamerkan penyelidikan linguistik tentang penerapan elemen kreatif dalam iklan, bermula dari struktur ayat hingga pemilihan kata berkonotasi dalam slogan. Berdasarkan penyelidikan ini, pembaca akan menyedari bahawa aspek kreativiti sangat signifikan dalam menentukan kejayaan sesebuah iklan.
|

| PERKHIDMATAN: BUDI PEKERTI, TUTURAN HATI Tengku Sri Indra bin Ismail
Harga: $8.00 ISBN: 978-99984-0-103-7 | Memiliki nilai-nilai budi pekerti yang luhur itu sudah pastinya akan melahirkan akhlak yang baik dan mulia. Kepimpinan yang berkesan amat berkait rapat dengan nilai, tingkah laku dan adab kerana akhlak dan sikap seorang pemimpin amat mempengaruhi tingkah laku ahli dalam sebuah organisasi yang dipimpin.
Buku Kepimpinan: Budi Pekerti, Tuturan Hati ini sangat memberikan kefahaman dan panduan mengenai peri pentingnya nilai budi pekerti dalam kepimpinan.
|

| FOLDER KAUNSELOR Mejar (B) Rusli bin Bujang
Harga: $8.00 ISBN: 978-99984-0-081-8 | Folder Kaunselor menghimpunkan 11 topik menarik yang menyelami pelbagai aspek dan cabaran hidup. Setiap topik dikupas oleh penulis secara berstruktur dan berkesan bagi berlakunya refleksi kendiri, memahami punca permasalahan dan mencari penyelesaiannya.
Antara perkongsian tip yang menarik dalam buku ini ialah: Batas-batas memanjakan anak Persediaan menghadapi peperiksaan Penggunaan skrin yang berlebihan Cara menangani tekanan di tempat kerja Cara merapatkan jurang komunikasi
|

| DAPOGH WAGHIS KAIH Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $20.00 ISBN: 978-99984-0-107-5 | Dapogh Waghis Kaih menghimpunkan resipi masakan tradisi daripada puak Dusun, puak Murut dan puak Bisaya yang diwarisi secara turun- temurun. Buku ini menumpukan cara penyediaan dan kaedah masakan yang masih dikekalkan mengikut cita rasa dan daya ingatan. Menariknya buku ini mengetengahkan kosa kata daripada ketiga-tiga puak berkenaan sebagai salah satu inisiatif pelestarian dialek tempatan. Keunikan resipi yang dikongsikan juga dapat memberikan cita rasa baharu dalam hidangan makanan kita.
|

| MERAIH BAHAGIA Harga: $10.00 ISBN: 978-99984-0-100-6
| Meraih Bahagia mengetengahkan perkongsian kisah-kisah inspiratif yang dialami berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis. Menariknya buku ini apabila kisah-kisah tersebut membawa pembaca dalam memahami dan menyelongkar pelbagai pergolakan, luahan perasaan dan emosi yang tersimpan.
Ikuti kisah-kisah tersebut dan hayati petikan kata motivasi yang diharap mampu menyembuhkan hati yang gusar dan luka.
|

| KATARIS JIWA
Harga: $10.00 ISBN: 978-99984-0-101-3 | Katarsis Jiwa mengetengahkan perkongsian kisah-kisah inspiratif yang dialami berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis. Menariknya buku ini apabila kisah-kisah tersebut membawa pembaca dalam memahami dan menyelongkar pelbagai pergolakan, luahan perasaan dan emosi yang tersimpan. Ikuti kisah-kisah tersebut dan hayati petikan kata motivasi yang diharap mampu menyembuhkan hati yang gusar dan luka.
|

| KUMPULAN PANDUN LUAHAN KALBU, ILHAM TERNUKIL Idlan Adley
Harga: $13.00 ISBN: 978-99984-0-1002-0 | Kumpulan Pantun Luahan Kalbu, Ilham Ternukil membawa pembaca menghayati keunikan pantun dalam pelbagai tema, termasuk nasihat, harapan, kasih sayang dan majlis keraian. Setiap rangkap dalam buku ini bukan sekadar permainan kata, tetapi juga luahan hati dan refleksi kehidupan. Dengan gaya bahasa yang mempesona dan nilai estetika yang tinggi, karya ini menghidupkan kembali keindahan pantun dalam masyarakat moden. Terokailah keunikan warisan sastera Melayu dalam buku ini, dan rasailah kehangatan emosi serta kebijaksanaan yang tersirat dalam setiap baitnya.
|

| THE WINDING ROAD TO THE HOUSE Rahimi A.B
Harga: $11.00 ISBN: 978-99984-0-002-3 | This book is a compilation of 17 short tales exploring morality, society, education, economy and religion, of which some of them are based on personal experience and stylistic experimentation. When a person commits malfeasance such as fraud, corruption, or drug use, he or she will be deemed unethical or immoral. Some of the short stories are presented experimentally in terms of perspective, language alteration, symbolism, and characters in order to create impacts that is affected to some degree by themes, style or both in addressing education, social, economic and religious issues.
|

| ANTOLOGI SAJAK SASTERAWAN MUDA MASTERA BRUNEI
Harga: $13.00 ISBN: 978-99984-0-085-6 | Antologi ini menghimpunkan sajak-sajak tiga penyair muda Brunei Darussalam, iaitu nurFik Brunei, Puasha dan A.R. Romzi yang telah diiktiraf sebagai penerima Penghargaan Sasterawan Muda Mastera. Penglibatan aktif dan prolifik dalam penulisan memperlihatkan mereka setanding dengan penulis-penulis puisi Nusantara. Karya-karya mereka cerminan kepada kecintaan terhadap bangsa dan negara, kepekaan isu-isu semasa, harapan anak bangsa dan kecaknaan terhadap warisan dan budaya Melayu. Dari suara bersahaja nurFik Brunei, nostalgia penuh rindu oleh Puasha, hingga semangat membara A.R. Romzi, pelbagai tema yang diangkat seperti patriotisme, jati diri, keagamaan, alam dan kritik sosial dengan gaya bahasa yang unik dan tersendiri. Antologi ini bukan sahaja merakam perkembangan pemikiran penyair muda Brunei sepanjang tiga dekad, tetapi juga menyerlahkan jati diri sastera Brunei Darussalam yang terus hidup dan berkembang dalam arus zaman.
|

| HADIYATUL HARAMAIN Ana July
Harga: $9.00 ISBN: 978-99984-0-092-4 | Najwa Humaira, dirinya sering dihantui oleh bayangan dosa silam. Najwa bermusafir mengungkap sebuah takdir. Bumi Haramain telah mempertemukannya dengan kebahagiaan yang telah lama sirna. Ahmad Taufiq, seorang jejaka yang dikenalinya di dalam sebuah rombongan umrah. Kehadiran lelaki itu sentiasa mengusik sebuah rasa yang Najwa ingin kubur dari jiwa. Haruskah Najwa bertegas dengan prinsip yang cuba dipertahankan? Ahmad Taufiq pula menyimpan segunung harapan. Sejauh manakah ketulusan cinta Ahmad Taufiq terhadap Najwa? Apakah makna Hadiyatul Haramain bagi mereka berdua?
|

| KUMPULAN PUISI CAKERAWALA FIKIR N.Nazrul
Harga: $9.00 ISBN: 978-99984-0-090-0 | Cakerawala Fikir sebuah kumpulan puisi yang menggabungkan puisi moden dan puisi lama. Pelbagai tema yang boleh diangkat dalam buku ini. Begitu juga idea dan pemikiran yang digarap dalam melahirkan sebuah puisi yang puitis dan kaya dengan bahasa dan budaya Brunei. Dalami tulisan penulis dalam melontarkan idea yang sarat dengan ilmu.
|

| TOPENG DI SINGAPURA Soraya HM
Harga: $10.00 ISBN: 978-99984-0-097-9 | “Topeng itu disimpan di dalam almari paparan kaca di ruang tamu. Topeng yang memberikan nilai sentimental kepadanya …. Benda yang mengingatkannya untuk menghargai kasih sayang Adam, mama, abah dan semua ahli keluarga terhadapnya .…"
Apakah sebenarnya kisah di sebalik “topeng" itu? Semua ini dapat dirungkai dalam Topeng di Singapura. Ikuti perjuangan Syakila mengharungi cabaran dan dugaan yang cukup menyayat hati.
|

| ALIA Pena Merah
Harga: $10.00 ISBN: 978-99984-0-093-1 | Alia, seorang anak yatim piatu, namun begitu dia seorang gadis yang mandiri, dan merupakan usahawan yang berjaya. Hidup Alia seolah-olah sangat sempurna kerana disaluti dengan kemewahan, kebahagiaan, perhatian daripada seorang abang yang penyayang dan punya tunang yang begitu tampan. Namun apabila kebahagian yang diinginkan sampai ke titik seterusnya, satu per satu rahsia terbongkar. Rupa-rupanya, dia dikhianati oleh orang yang disayanginya. Bahagia yang diharapkan kecundang di tengah jalan. Tetapi siapa Alia untuk menghukum mereka.
Ikutilah kisah yang berlaku pada diri Alia. Mampukah Alia menerima pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya?
|

| HIKAYAT DANG AMAS 2 Dewan Bahasa dan Pustaka
Harga: $9.00 ISBN: 978-99984-0-095-5 | Hikayat ini mengisahkan mengenai perjalanan hidup Tuan Puteri Amas Anum Mengindera yang telah terpisah dengan suami dan sedang hamil. Pada suatu hari, tetuban Tuan Puteri Amas Mengindera pecah lalu angin taufan menggoncang Balai Amas Berjantar di Keling. Selepas 40 hari dan 40 malam, bertiup pula angin lembut setelah Tuan Puteri Amas melahirkan seorang putera.
|

| CERITA PUAK KEDAYAN PENGEMBARAAN IZUL Bakar Berudin
Harga: $5.50 ISBN: 978-99984-0-079-5 | Cerita Puak Kedayan: Pengembaraan Izul mengandungi 14 buah cerita perjalanan dan pengalaman Si Izul mengenai adat resam, budaya, kepercayaan dan mitos dalam kalangan puak Kedayan. Kisah binatang dan makhluk halus turut diketengahkan memandangkan populariti cerita-cerita sedemikian melalui pertuturan daripada orang tua-tua puak Kedayan pada zaman dahulu.
|

| SI AWANG SUMBILANG Awangku Md. Nur Safiuddin bin Pengiran Haji Harun
Harga: $5.50 ISBN: 978-99984-0-084-9 | Si Awang Sumbilang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang miskin, iaitu Pangku Basman dan Sarabanon. Pekerjaan mereka sehari-hari hanya berkebun dan menangkap bubuk di sungai berhampiran rumah mereka. Suatu hari, ketika mereka berperahu mengelilingi sungai, mereka terlihat pisang emas terapung di permukaan air. Sarabanon terus mengambil dan memakannya. Setelah beberapa bulan, sesuatu terjadi kepada Sarabanon. Apakah yang terjadi kepada isteri Pangku Basman? Mari dapatkan buku ini untuk mengetahui cerita selanjutnya.
|

| ASAL USUL TELAGA BAKA Iffah Nurfazilah binti Zulkapli
Harga: $5.50 ISBN: 978-99984-0-094-8 | Asal Usul Telaga Baka merupakan kisah kolektif puak Tutong yang menceritakan peristiwa di sebalik penamaan sesebuah telaga. Telaga tersebut sangat terkenal dalam kalangan penduduk kampung. Pada suatu hari, dua ekor ikan baka dimasukkan ke dalam telaga itu.
|

| PENUNGGU GAUNG NIBUNG Har Sayong
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-049-8 | Penunggu Gaung Nibung merupakan cerita rakyat puak Dusun yang mempunyai pesanan dalam bentuk pantang larang. Buku ini menceritakan seekor ikan dalak berkalung berlian yang sering timbul di permukaan air sungai. Kemunculan ikan dalak itu membuatkan orang kampung berasa takut.
|

| KISAH A, E. I. O. U N.Mohammad
Harga:$5.00 ISBN: 978-99984-0-087-0 | Kisah A, E, I, O, U menceritakan kehidupan lima sekawan yang tinggal di Kampung Abjad. A sering digunakan dalam ejaan sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada abjad-abjad lain. Akhirnya, A dihalau dan membawa diri ke kampung lain. Nah, adik-adik! Apakah ketiadaan A dirasai oleh orang kampung? Adakah sahabat-sahabatnya akan menemukan semula A?
|

| PATAH GIGI MILA Qie Hassan
Harga: $5.00 ISBN: 978-99984-0-088-7 | Patah
Gigi Mila mengisahkan seorang budak perempuan bernama Mila dan
kucing peliharaannya, Si Hitam. Mila berasa marah apabila panggilannya tidak
diendahkan oleh Si Hitam yang sedang sakit.
|
%20C.jpg)
| BERJUMPA KELUARGA ANDAPUNG Aisyah Az-Zahra
Harga: $5.50 ISBN: 978-99984-0-098-6 | Berjumpa Keluarga Andapung mengisahkan tentang sekumpulan nelayan yang turun ke
sungai untuk menangkap ikan mencari rezeki. Suatu hari, ketika mereka menuju ke
satu lubuk di sungai, mereka terjumpa dengan ikan Banting-banting, salah seekor
daripada keluarga Andapung. Banting-banting tersebut meminta pertolongan kepada
nelayan-nelayan tersebut untuk mencari keluarga mereka yang terpisah kerana air
sungai yang pasang dan deras.
|